Untuk memulakan sebuah lukisan teknikal, AutoCad haruslah di 'format'kan - 'drawing limit' nya ini adalah syarat utama. Mengapa - untuk mendapatkan skala yang betul dan menepati ukuran sesuatu lukisan yang sesuai dengan batas lukisannya. Contohnya, untuk melukis meja berukuran 3 kaki x 3 kaki x 2 kaki, sekiranya drawing limit di letakkan terlalu besar seperti 300 kaki lukisan akan sukar kerana terlalu kecil dalam scala manakala sekiranya diletakkan terlalu kecil seperti 1 kaki x 1 kaki, lukisan tidak akan muat.
Sebelum memulakan lukisan,
Kaedah -
Klik format - Klik - Drawing limit
Keluar arahan 'lower left corner' - tekan enter - iaitu kosong (0,0) - enter.
Arahan untuk 'upper right corner' - masukkan 10 (atau ukuran yang sesuai) untuk ukuran X axis, dan 10 (atau ukuran yang sesuai) untuk y axis. Tekan enter.
Jangan lupa klik -
View - Zoom - All.
Lukisan boleh dimulakan.